"Connecting You To Malaysia Homestay"

Kami di MALAYSIA-HOMESTAY.COM menawarkan kemudahan carian Homestay (Penginapan- rent daily / weekly / monthly) di seluruh negara.

Kepada anda yang merancang untuk ke mana-mana pada hari cuti, kenduri, konvokesyen dan sebagainya, silalah ke laman web kami dan dapatkan senarai tempat, harga, peta, gambar tempat penginapan anda sebelum kesana, bagi mengelakkan kekalutan dan pembaziran wang akibat perancangan yang tidak betul.



Matlamat kami di MALAYSIA-HOMESTAY.COM agar website ini dapat membantu pemilik homestay membuat promosi dan memudahkan lagi para penyewa untuk mencari homestay dan membuat pilihan. Sejajar dengan "motto" dan "vision" kami.

Motto : "Connecting You To Malaysia Homestay"

Vision : "Unite all Malaysia Homestay Owner under one roof, one website, ONE MALAYSIA-HOMESTAY"

Kepada pemilik homestay, silalah daftar penginapan anda di MALAYSIA-HOMESTAY.COM secara percuma.


Tuesday, August 10, 2010

marhaban ya ramadhan

selamat menunaikan ibadah puasa

Kami warga malaysia-homestay.com ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak / Kareem kepada semua teman-teman dan rakan-rakan . Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah serta dapat mendekatkan lagi diri kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya yang panjang yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan, telah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan 4 perkara berikut di dalam bulan ini iaitu:-

  1. Memperbanyakkan menyebut kalimah toyyibah, bertahlil kepada Allah (Laa ilah ha ilLah)
  2. Banyakkan beristighfar
  3. Doa meminta syurga (doa yang selalu kita baca sebaik habis setiap 2 rakat solat tarawikh)
  4. Doa meminta perlindungan dari neraka (doa yang di baca seperti tersebut di atas)

No comments:

Post a Comment